NOTA SEJARAH PENGGAL 3
ASALAMUALAIKUM WBT..
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
[1800 – 2000]
BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA
TEMA 1 :
MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
|
Soalan 1
|
Peranan dalam
pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British sebenarnya
terletak di bawah seseorang raja.
Nilaikan penyataan di atas.
|
Pengenalan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada
tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan
raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
negeri masing-masing. Mengikut sistem
pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan
pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian,
semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik,
ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi
1. Politik
a. Ketua Kerajaan
Sultan berada pada
kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak
sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah
perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan
menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun
bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa
menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta
berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.
b. Melantik Pembesar
Sultan berkuasa
melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda
berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan
pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri,
iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.
Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara dipegang oleh
keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama,
Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, Sultan
yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan
hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu
dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir
sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan
keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang
baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan
waris. Ini menunjukkan pembesar hanya
menjalankan peranannya di bawah kuasa raja.
Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak
untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.
c. Menentukan Hubungan Diplomatik
Sultan lebih aktif
dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua
perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani
oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar.
Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan
dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875
membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.
Namun demikian, ada
juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan
seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah
untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di
Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d. Ketua Pertahanan
Sultan menjadi ketua
tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan
mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara
daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab
menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di
Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang.
Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan
tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian,
peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang
saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara
antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang
pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan
pemberontakan tersebut.
2. Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak
ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat
keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil
pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem
cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah)
daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang
dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian
sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada
para pembesar negeri.
Sultan juga berkuasa
melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan
sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang
tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi
tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih
sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini.
Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya
di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed
(keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan
masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial
dalam kalangan rakyat.
3. Sosial
a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri
Di Negeri-negeri Melayu
pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan
perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai
kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan
pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan
mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada
kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.
Namun demikian, untuk
menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman dalam satu
kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan.
Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun
pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.
Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.
Kedudukan sultan
sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan
kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan
lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning,
memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet.
Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop
halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.
Selain itu, terdapat
juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan
bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.
Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang
sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah
sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.
b. Ketua agama Islam dan Adat istiadat
Melayu
Sultan juga bertindak
sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai
khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan
juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri
dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting
sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.
Hanya sedikit sahaja
istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak
begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari
pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun.
Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan
mengadakan majlis jamuan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar
sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan
seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk
membuat semua keputusan. Pengenalan
sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen
Inggeris.
TEMA 1 :
MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]
|
Soalan 2
|
Di dalam
struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah
berperanan
|
mengukuhkan
kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.
|
Pengenalan
Sebelum tahun 1874, struktur
masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua
golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan
pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional.
Golongan pemerintah terdiri daripada golongan sultan atau raja, kerabat diraja,
pembesar dan ulama. Golongan yang
diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan
golongan hamba.
Isi
Golongan Yang Diperintah
Golongan
ini berperanan sebagai pengikut atau
pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat
jajahan takluk.
1. Golongan
merdeheka/bebas
Golongan ini
terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan
penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri tertentu . Rakyat
biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga,
menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa merupakan pengikut setia terhadap
pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan
pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem
kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-kerja raja dan para
pembesar. Mereka dikerah untuk membina
serta membaiki jalan, membina tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan. Rakyat akan dikerah membersihkan sungai,
membersihkan hutan belantara dan sebagainya. Mereka tidak tahu tempoh masa yang diperlukan
untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang mereka akan berkhidmat jauh
daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan
mengangkut barang-barang. Mereka dikerah
untuk membuat persediaan berperang dan menyediakan kelengkapan berperang.
Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari serangan luar, rakyat
biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila Sultan memerlukan
tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.
Rakyat Asing. Golongan ini
hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali
ke negara asal
mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri
serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang berkahwin dengan orang
tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan
orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan orang asing tidak wajib mematuhi
tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu. Mereka tidak terkecuali daripada hukum-hukum
adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.
2. Hamba
Golongan hamba menduduki lapisan
paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba
raja. Hamba menjadi lambang ketinggian
martabat bagi orang yang memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf
sosial seseorang sebagai anggota masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi
tuannya.
Golongan hamba biasa merupakan golongan
orang suruhan atau keturunan hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan
menjadi hamba seumur hidup. Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada
tuannya. Manakala hamba berhutang merupakan
orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang
akan bebas apabila nilai hutang tersebut
habis setelah bekerja dengan tuannya.
Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.
Selain itu ,hamba raja merupakan
golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh
sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi
dalam kalangan semua hamba. Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat
untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah.
Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas
pertanian seperti membajak, menanam, menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada
juga hamba lelaki yang mengikut tuannya berdagang/berniaga. . Hamba perempuan
membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka akan
memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air, membelah kayu dan menganyam
untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi. Ada di kalangan hamba perempuan yang
ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan mereka dengan cara
menjadi pelacur.
Kesimpulan
Masyarakat Melayu tradisional
mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan
masing-masing. Kedudukan susunan masyarakat Melayu
tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan
pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan
politik dan ekonomi. Sementara lapisan
bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan yang memainkan
peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi
penyokong utama institusi raja dan pembesar. Kelancaran sistem sosial ini telah menyumbang kepada kestabilan
politik kerajaan yang memerintah. Setelah campur tangan British dalam sistem
politik negeri-negeri Melayu, struktur
masyarakat
Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan pembesar
dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.
TEMA 1 :
MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]
|
Soalan 3
|
Sejauhmanakah
kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih
berpusatkan kepada aktiviti pertanian dan menangkap ikan
semata-mata? Bincangkan penyataan ini.
|
Pengenalan
Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang
dilakukan secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan diri dan keluarga
sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara diri. Ia merupakan kegiatan
ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat Melayu tradisional.
Ciri-ciri
utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:
Tiada pengkhususan
kerja – kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada
masa yang sama. Selain menjadi petani
dan nelayan, mereka juga melakukan kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti
menternak binatang, bertukang dan lain-lain.
Penggunaan peralatan
tradisional – Tiada penggunaan alatan moden
dalam kegiatan pertanian,
Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala,
pukat dan lain-lain.
Berskala kecil –
kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan
penggunaan modal yang besar. Mereka hanya
menghasilkan keperluan untuk diri dan keluarga sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan
keperluan untuk orang lain. Jika
terdapat lebihan, barulah dijual.
Tenaga kerja hanya
melibatkan ahli keluarga – kaum lelaki melakukan kerja yang lebih berat. Sementara kaum wanita, orang tua dan
kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja yang lebih mudah dan ringan.
Amalan bergotong-royong
atau berderau – menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan terutamanya
melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi
yang dilakukan secara bersama dan berkumpulan bagi memudah dan
mempercepatkan pekerjaan. Hubungan
antara anggota masyarakat semakin erat.
Isi
Kegiatan ekonomi
tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan petempatan sama ada
terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang tinggal di
kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang
tinggal di pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap
ikan.Kedua-dua aktiviti ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas
atau utama melibatkan masyarakat Melayu
tradisional.Walau bagaimanapun, selain
menjalankan kegaiatan pertanian dan menangkap ikan, masyarakat tempatan juga
banyak melakukan aktiviti sampingan yang
lain untuk menyara kehidupan
seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan, pertukangan
dan kraf tangan.
Pertanian
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi
utama masyarakat tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah
dan padi huma. Padi sawah ditanam
di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur. Padi
huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng
bukit.Selain padi, tanaman lain turut
ditanam seperti pelbagai jenis ubi,
sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Kegiatan pertanian dilakukan secara
kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan peralatan tradisional seperti tajak,
cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit dan ketam padi untuk
menuai padi.
Menangkap
ikan
Menangkap ikan
juga merupakan kegiatan
ekonomi yang penting bagi masyarakat
Melayu tradisional selain pertanian. Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh
penduduk yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk secara kecil-kecilan dengan
menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat, bubu, kelong,
jala, lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan
menangkap ikan di tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan
air tawar di kawasan sawah padi, kolam
dan sungai.
Menternak
binatang
Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut
melakukan aktiviti ekonomi lain sebagai aktiviti sampingan seperti menternak
binatang. Ayam dan itik merupakan binatang ternakan utama. Selain untuk dimakan
dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan sebagai baja bagi menyuburkan
tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu kerja-kerja pembajakan
tanah. Penternakan binatang hanya
dilakukan di kawasan petempatan penduduk.
Melombong
Perlombongan secara mendulang dilakukan secara
kecil-kecilan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih
timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama yang dilombong. Aktiviti ini
melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual di kawasan
berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.
Mengutip
hasil hutan
Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil
hutan yang dipungut adalah seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun
mengkuang dan akar-akar kayu sebagai ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan
sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada kawasan berhampiran.
Pertukangan
Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa
lapang dengan melakukan kerja-kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu
dan perabot. Aktiviti pertukangan melibatkan golongan lelaki. Sementara kaum
wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan seperti menganyam tikar, membuat
bakul dan lain-lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi
tradisional bukanlah tertumpu kepada
pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan
merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut
dilakukan sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong,
mengutip hasil hutan, petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British
pada akhir abad ke-19 telah mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam
bidang ekonomi.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN
DALAM PENTADBIRAN ]
|
Soalan 4
|
Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi
perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas 1874.
|
Pengenalan
Sebelum kedatangan British pentadbiran di
Negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah
mutlak dengan dibantu oleh pembesar. Campurtangan British dalam pentadbiran
Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu
secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah menyebabkan
pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui
pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan
social.
Isi
i) Sistem Residen
Diperkenalkan
di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang pegawai
British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi.
Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat
Melayu.Walaupun British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa
pemerintahan sebenarnya berada di tangan residen.Residen British berkuasa dalam
semua urusan pentadbiran termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas semua hasil
negeri.
Pengaruh lain
ii)
Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Dianggotai
oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil
masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal
undang-undang dan menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan
perubahan struktur cukai, pencen orang melayu dan perlantikan ketua-ketua
tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. MMN hanya berperanan
untuk mengesahkan segala keputusan yang telah dibuat. Kuasa sultan juga
terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adat-istiadat Melayu. Setiap
negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan penting dikuasai
oleh British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani, India,
Ceylon dan Melayu.
iii)
Sistem pentadbiran tanah
British menyusun semula system
pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik persendirian, tanah perlu didaftar
dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual beli. Tanah menjadi
sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan pembesar
Melayu.
iv) Sistem pentadbiran negeri
Pembahagian negeri kepada beberapa
daerah. Perlantikan pegawai daerah menggantikan jawatan pembesar melayu. Pegawai
daerah bertugas mengendalikan urusan cukai, sewa tanah, menjaga keamanan,
menguatkuasakan undang-undang dan bertanggungjawab terhadap kawasan. Wujud
sempadan geografi antara negeri yang jelas. Setiap daerah dibahagikan kepada
mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di peringkat kampung diketuai oleh
ketua kampung yang berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan
pentadbiran yang lebih tinggi.
v)
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Menggabungkan persekutuan yang
terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu unit
pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara keempat negeri yang
diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan NNMB dalam
semua perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor
Negeri-negeri Selat bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis
Raja-Raja (Durbar) yang memberi peluang kepada raja-raja Melayu untuk
menyuarakan pandangan. Kewujudan jawatan-jawatan baru seperti penasihat
undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, pesuruhjaya polis dan pengarah jabatan
kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain membantu melicinkan
pentadbiran.
Kesimpulan
Sistem Residen telah mengubah
pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi kekuasaan kepada British. Kuasa
pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan British manakala
sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja. Penguasaan
British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi kekayaan
ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan
kuasa raja dan pembesar terhakis.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [
MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ]
|
Soalan 5
|
Sejauh
manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
|
Pengenalan
Masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum
yang mengamalkan budaya tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara
terasing antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung untuk tujuan ekonomi dan
berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan kepentingan kaum mereka. Di
Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada dasar penjajah memajukan ekonomi komersil yang membawa
kepada penghijrahan masuk beramai-ramai kaum Cina dan India.
Isi
Faktor-faktor
pembentukan masyarakat majmuk.:
1. Perkembangan
ekonomi
i) Perkembangan pesat perusahaan
bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah
memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan dengan masalah tenaga buruh
kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar
bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut,
Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British
telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke
Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi
kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan
ketua masing-masing.
ii) Perkembangan
pesat perusahaan getah
Perusahaan
getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan automobil
di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British memerlukan lebih banyak
buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di ladang
getah mereka disebabkan buruh India
sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula
1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu :
buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa
masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.
iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.
Masyarakat
Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional seperti
menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina
menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan,
perdagangan dan perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan
getah sebagai buruh
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan
kemunculan masyarakat majmuk
1. Dasar kerajaan British
Matlamat
British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan perintah. British tidak mahu
orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana takut disingkirkan Kerajaan
British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai matlamat untuk
mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk untuk
bersatu dan bangkit menentang mereka
2. Lokasi pertempatan
yang berasingan
Masyarakat pelbagai kaum mempunyai
lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di
kawasan perindustrian dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di
kawasan perladangan getah. Mereka hidup berasingan dan amat jarang berlaku
perhubungan antara kaum.
3. Pengamalan
budaya hidup tersendiri
Masyarakat Cina dan India mengamalkan
budaya hidup mereka dari China dan India. Mereka telah menubuhkan pergerakan,
persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan budaya mereka. Masyarakat
berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan anutan agama yang
berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina beragama
Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.
4.Sistem
pendidikan berbeza
Pendidikan Melayu berasaskan kepada
budaya Melayu dan Islam dengan bahan pengajaran dan pembelajaran dan sukatan
pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa Melayu, Arab, dan agama Islam
diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan sekolah pondok.Masyarakat
Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Cina, guru,
sukatan pelajaran serta buku rujukan
dari negara China. Masyarakat India pula menggunakan bahasa Tamil, guru,
sukatan pelajaran dan buku dari India
Kesimpulan
Pembentukan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas
struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah
ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan
politik.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 – 1945 ]
|
Soalan 6
|
Nilaikan/Analisa
dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun
1941-1945.
|
Pengenalan.
Jepun menyerang Tanah Melayu pada
8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942, Tanah Melayu dan Singapura jatuh
kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama kira-kira 3
1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial.
Isi.
a) Dasar
Pemerintahan Jepun
Pemerintahan bercorak
tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya. Tanah Melayu dan
Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada April
1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk membalas bantuan
Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir a sebagai
daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor
terdapat biro-biro.
b) Dasar
Pentadbiran Jepun
Jepun
amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih
dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada
adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun
membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan keluarga. “Sijil
Kehidupan dan Keamanan” dikeluarkan untuk memantau kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Pasukan polis tentera dinamakan “kempetai” untuk mengawasi pergerakan penduduk tempatan.
1.
Dasar Sosial
Jepun
Layanan berbeza mengikut
kaum. Orang Melayu dan India dilayan
baik,manakala orang Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang
Cina kerana Jepun berperang dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi
kesan buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang
Melayu kerana terlibat dengan “kempetai”
c) Dasar
penjajahan budaya
Dengan memaksa penduduk
tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran
propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu
kebangsaan dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala
sekolah Melayu dan sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi
sekolah rendah dan bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun
diajar dalam akhbar bahasa Melayu..
d) Dasar
Ekonomi
Jepun mengamakan dasar
ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya, bekalan makanan tidak
cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun galakkan tanama
makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun mencetak
“wang pokok pisang” untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya
berlaku inflasi.
Kesan-Kesan
Politik
Pendudukan Jepun mengakibatkan
kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu,
khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun
seperti “Asia untuk orang-orang Asia” menambahkan keazaman orang-orang Melayu
mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat pengalaman pentadbiran
semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti
Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih tegas. Orang-orang
Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri.
Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran
bahawa orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka
harus menentukan nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan
bahawa British tidak boleh dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam kalangan
orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis
Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan
sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun membolehkan
Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah
menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli
MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.
Kesan-Kesan
Ekonomi
Ekonomi dan taraf kehidupan
pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih timah dan getah terbantut.
Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan peralatan perlombongan
bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke Singapura untuk
mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga terputus
daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh menitikberatkan eksploitasi
bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan bauksit. Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis
barang pengguna terutamanya tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan
kerana sukar diimport. Penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada makanan
lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran wang kertas yang tidak terkawal
dan kekurangan makanan dan barang pengguna menyebabkan inflasi di Tanah Melayu.
Pihak Jepun tidak mengendalikan
infrastruktur dengan baik. Penduduk
Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan memandangkan banyak barang
tidak dapat diimport.
Kesan-Kesan
Sosial
Penduduk Tanah Melayu terutamanya
orang Cina menderita akibat kezaliman dan seksaan Jepun. Tentera polis Jepun
iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang-orang yang
anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami
masalah kekurangan makanan terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari
negeri-negeri lain akibat peperangan. Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot.
Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan malaria berleluasa. Ini kerana
ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-askarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik
terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan orang-orang Cina.
Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orang-orang Melayu untuk menjadi
askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang menyerang tentera
Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang Cina)
terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman
Melayu-Cina. Beberapa pertempuran
perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku selepas Jepun menyerah
kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem
pendidikan Jepun yang lebih menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik
telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan dalam kalangan
pemuda-pemuda terutamanya Melayu.
Kesimpulan
Pendudukan Jepun merupakan satu
zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu. Pendudukan Jepun bukan sahaja
membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu tetapi
juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya, pendudukan Jepun telah
mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu sebelum perang dengan
begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas perang.
Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
[ PERJUANGAN
SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 – 1960 ]
|
Soalan 7
|
“Perlembagaan
Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946 merupakan
satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah
Melayu sebelum perang. Namun demikian,
pengenalan Perlembagaan Malayan Union
ini sebenarnya telah
menimbulkan banyak reaksi negatif dan
penentangan daripada kalangan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu”. Bincangkan.
|
Pengenalan
Malayan Union (MU) telah
diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di
King's House (Carcosa Seri Negara) merupakan
sebuah gabungan negeri-negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura)
untuk menjadi pengganti British Malaya.yang
bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem
pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor.
Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada
orang Melayu untuk berkerajaan sendiri.
Tetapi Penubuhan Malayan Union telah
mendapat penentangan yang kuat daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan
bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas
putih” pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai
penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan
dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing.
Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang
Malayan Union pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor
yang membawa kepada penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan
Rancangan Malayan Union.
Isi
Faktor-Faktor
Penentangan Masyarakat Melayu
1. Cara Harold MacMichael
mendapatkan tandatangan sultan-sultan
Orang
Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani
persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang
terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup
untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak
dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum
menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah
menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan
menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap
pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan
Badlishah (Kedah) yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan
MU atau turun dari takhta.
2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan
Orang Melayu
bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan
raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran di ambil
alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa,
orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada
kaum bukan Melayu.
Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi
Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang
bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan
akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela
melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan
menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah
menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.
3. Hak Istimewa
Penubuhan MU akan
menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai
bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang
sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu
tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap
pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan
orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar
dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.
4. Hak Kerakyatan
Orang
Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip Jus
Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat
kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang
Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar
akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu.
Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai
politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka
bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu.
5. Balas Dendam
Orang
Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan
balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.
Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di
tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa
dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU
amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan
kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
6. Masa Cemas
MU
dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat
pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini
dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang
Melayu dan menguntungkan orang Cina.
7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam
Merangka Perlembagaan MU
Orang Melayu tidak
terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh
Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak
diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.
Reaksi
Bukan Melayu
Walaupun MU
ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya telah diterima baik oleh orang
bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada semua kaum.
Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi
peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan
dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat
oleh kaum bukan Melayu, parti politik Melayu berhaluan kiri dan golongan
revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju dengan perlembagaan Persekutuan
kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak mewakili semua kaum yang
ada di Tanah Melayu.
Penilaian
Pelaksanaan MU
Penentangan terhadap Malayan Union
berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British
di Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang
Melayu, malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan
tersebut menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam
perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan
hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan menggugat kepentingan kaum
peribumi.
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta
Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen
British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak
orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU
dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah
Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan.
Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.
Kesimpulan
Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
TEMA
3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ KEMERDEKAAN]
|
Soalan 8
|
Sejauhmanakah faktor ancaman
komunis telah mempengaruhi pembentukan
Malaysia pada tahun 1963? Bincangkan.
|
Pengenalan
Konsep Persekutuan Tanah
Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat
Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu,
Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi
British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk
Persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan
penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman sekali lagi
mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul Rahman
mencadangkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan
menjadi Persekutauan yang dinamai “Malaysia”. Cadangan ini telah disambut baik
oleh kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia
adalah untuk mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga
sebab-sebab lain yang membawa kepada pembentukan gagasan ini.
Isi
Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia
1.
Mengekang pengaruh komunis
A. Perkembangan politik di Singapura.
Ancaman
komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut berlaku
di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an.
Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan
sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat
(PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang
kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di
Singapura tidak dibendung kemungkinan
besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis
menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti
Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti
Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini
menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
Lee
Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan
golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang.
Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan
merebak ke Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh
komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku
tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua
negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.
- Perkembangan politik di Sarawak.
Pengaruh
komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Pihak
komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun
1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat
diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu
Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang
Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar
bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang
dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan
mengancam pendidikan Cina.
Pengaruh
komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat
Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan “operasi pisang” bagi
membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada
pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman
komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke
wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan
British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula
merebak ke Brunei.
2. Mempercepatkan
proses kemerdekaan
Penubuhan
Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan
Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem
pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai
hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British.
Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah
keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat
negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan pentadbiran.
Pada masa itu
Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang semuanya
dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau
bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan
negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak
pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963,
manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah
diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri
diadakan pada Ogos 1962.
Kerajaan British telah
mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum
dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu
rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo
dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan
dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.
3. Keseimbangan Kaum
Kemasukan
negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan
komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura akan
menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah
Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini
akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu
berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh
kaum lain. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan
Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.
4. Kerjasama
Ekonomi antara wilayah
Sebelum
penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi
antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak
seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat
ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi
di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah
telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah
berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil
minyak. Oleh itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan
kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri
berkenaan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, pembentukan
Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah
Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia
juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, penubuhan
Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut
memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada
Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri dan keluar
daripada Gagasan pada tahun 1965.
TEMA 4 :
PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]
|
Soalan 9
|
Huraikan peranan dan tanggungjawab
Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.
|
Pengenalan
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara
dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia dan bidang kuasa baginda
ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak di antara ketiga-tiga
bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-Pertuan
Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-satunya
jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang
jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang
mengamalkan sistem beraja.
Isi
Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda
juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan
pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh
Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara.
Tanggungjawab
Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil, menangguh, dan
membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan sebagai satu
daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam
persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas
semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.
Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong dalam bidang kehakiman negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara,
Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi
mengikut nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja.
Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala kesalahan di Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah Persekutuan.
Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja Berperlembagaan, maka baginda bertindak atas nasihat Jemaah
Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan kuasa budi bicara dalam
perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri
yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.
Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan
membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan
Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan
kebesaran raja-raja.
Peranan
dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah
menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama
Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti
diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan
Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Sebagai
kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di
Malaysia adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan
perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan lambang kedaulatan dan simbol
perpaduan negara.
TEMA 4 :
PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]
|
Soalan 10
|
Nilaikan
sumbangan Tun Abdul Razak Bin Dato’Hussien dalam pembangunan negara.
|
Pengenalan
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Tun Abdul
Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul Razak Dato’
Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada
14 Januari 1976.
Tun Abdul Razak memperoleh
pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan pengajiannya di MCKK, beliau
memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles College di Singapura
pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama tiga tahun
untuk mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau dilantik sebagai
Menteri Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 33 tahun. Pada
Jun 1955, Tun Abdul Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding
dalam Pilihan Raya Umum pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan
masyarakat, Tun Abdul Razak memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan
Kawasan Semantan.
Isi
Kemenangan
Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, membolehkan
Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang penting
dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai
Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang
terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memper-kenalkan ‘Penyata Razak’ yang
intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.
Langkah
pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati
sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak
1956, beliau berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang
bersatu padu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi
bahasa pengantar utama.
Tun
Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke
London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam
rundingan tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British
menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Selepas
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi
Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri
Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam
kalangan tiga juta rakyat.
Sebagai
Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan Tentera
dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain itu, beliau
yang mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas
komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman
darurat. Beliau juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera
untuk menjamin keselamatan rakyat.
Pada 13
Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat
diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan
mengambil alih pentadbiran kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul
Rahman sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya
dipulihkan.
Sumbangan
Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan Malaysia.
Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan
penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
merangka pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan
Malaysia dari 1970 hingga 1990.
Oleh itu
beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan
Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Penubuhan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority
(FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk
meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek
terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah
Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan
perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi
tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari ini
FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah
juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari
FELDA.
Tun
Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip pada
31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat
murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik,
adil, saksama, liberal dan progresif.
Di arena
antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab berunding
dengan Indonesia untuk menamatkan ‘konfrantasi’ yang dilancarkan oleh negara
itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau
juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963.
Beliau banyak menjadi wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan
diplomatik dengan negara-negara luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan
beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Kesimpulan
Beliau
telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau merupakan
seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan
kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin
ulung yang berjiwa besar dan setia.
TEMA 4 :
PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]
|
Soalan 11
|
Sejauhmanakah
cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara
Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.
|
Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan gagasan
negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea
wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr
Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini
sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara
maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan
untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik,
ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem
kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya.
Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi
merealisasikan Wawasan 2020.
Isi
a) Mewujudkan
masyarakat berbudaya penyayang
Merujuk kepada sistem sosial yang
meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan
insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang akan hidup
muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu
sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat
melebihi kepentingan diri sendiri.
Asas pembentukan masyarakat
penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan
amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga
ditekankan dalam agama.
Kasih sayang dalam masyarakat
bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik
sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan
nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk
masyarakat yang bersifat penyayang.
b) Membina
bangsa Malaysia yang bersatu padu
Malaysia menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni,
bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Asas kekuatan penting untuk kejayaan
sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020.
Semua ini telah dilakukan melalui
pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa
Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan
kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.
c) Membina
masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan
Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali
melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang
ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Masyarakat
Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai
masalah.
Rakyat Malaysia
yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa
gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat
martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan
serangan musuh dengan mudah.
d) Memupuk
dan membina masyarakat demokratik yang matang
Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh
dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain.Sebuah masyarakat
yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat
demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol akan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan
teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat
membina.
e) Mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika
Etika melibatkan tingkah laku atau
perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina
di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika
yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan
yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu
diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang
cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang,
keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi
sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah
Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu,
berakhlak, seimbang dan harmonis.
f) Mewujudkan
masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi
Masyarakat yang matang mampu
berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.Mereka akan
membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang
lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang
dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan
kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah
ke arah mewujudkan masyarakat yang
matang, liberal dan bertolenrasi.
g) Mewujudkan
masyarakat yang maju dan saintifik
Masyarakat maju ialah masyarakat
progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai
kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat
saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi
merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik
mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan
inovatif.Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa
depan.
h) Menjamin
masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi
Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan
secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam
segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan
kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta
kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan
taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan
Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
i)
Memupuk dan
membina masyarakat yang makmur
Masyarakat yang makmur ialah masyarakat
yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat
makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.
Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia
perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental
dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang
makmur.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan
terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan
merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan
negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR
]
|
Soalan 12
|
“Malaysia telah banyak memainkan peranan
dan sumbangan dalam ASEAN sejak penubuhannya hingga tahun 1990-an”.Bincangkan
pernyataan ini.
|
Pengenalan
Dasar luar negara Malaysia untuk
berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap diteruskan
walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan
MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok
dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South
East Asian Nations (ASEAN).
Isi
a ) Peranan dan
sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia merupakan negara terawal
menyedari kerjasama serantau demi keselamatan negara-negara serantau di
Asia
Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan ASEAN.Kesedaran Malaysia adalah
berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara
rata-rata negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik,
warisan ekonomi penjajah yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan
keadaan
sosial yang tidak kukuh.
Dalam Mesyuarat Menteri –Menteri
Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah
ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan berkecuali (ZOPFAN).Tujuan
penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana –mana kuasa besar
sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam
menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge.
ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk
kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia
telah memainkan peranan sebagai orang tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam
telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun
1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon
Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini bermakna rantau ini tidak
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah
ke arah integrasi ekonomi,namun perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak
perlahan.Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek
perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu (Sarawak) dan Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba
dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam
Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan
idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi dengan melibatkan
China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir
Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic Caucus(EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah
ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat, tetapi usaha
ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi terus
diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada kerjasama
yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu
China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput
menghadiri siri perbincangan tentang
kerjasama yang ingin diwujudkan.
Dalam bidang sosial, kerjasama dalam
bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain yang dibuat atas
semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui
semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Kesimpulan
Peranan
dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam
menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini,
banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
[1800 – 2000]
BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem
pemerintahan di Thailand sebelum kedatangan kuasa Barat
Pengenalan
Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada
abad ke-19, negara-negara Thailand telah mengamalkan sistem pemerintahan
beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua pemerintahan tertinggi
sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi perantara rakyat
dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang
menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya.
Raja
merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan
tuhan di bumi untuk memimpin. Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan
peranan yang sangat penting dalam aspek
politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai simbol
penyatuan rakyat di samping menjaga
keamanan dan mentadbir negara dengan bantuan golongan pembesar .
Isi
Peranan Raja dari segi politik:
Seorang
ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja dianggap
sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja
disahkan oleh golongan Brahmin
bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara keagamaan. Raja melantik
golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai penggubal undang-undang
.Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja berkuasa
menjatuhkan hukuman bunuh tanpa dipersoalkan
Peranan Raja dari segi social
Raja
sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan
masyarakat tempatan sesuai sebagai
penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja dikenali sebagi Tuhan
kehidupan sesuai dengan konsep
Dharmaraja dengan pelbagai gelaran
seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)
Peranan raja dari segi Ekonomi
Raja
berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat
diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi – pungutan
cukai, hasil pertanian , dan kegiatan perdagangan – Raja berkuasa ke atas balak
dan beras. Bagi
menjamin bekalan ekonomi dan kawasan
pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan baik dengan kawasan
pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan
kegiatan ekonomi bagi pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara. Raja menentukan hubungan
diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah
dan harta rakyat
Peranan
pembesar
Di Thailand
pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang
digelar Khunnang dan kerabat diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai
kerajaan yang dilantik oleh raja dan
melaksnakan tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan
pembesar sangat penting selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu
raja dalam urusan pemerintahan. Raja tidak berupaya untuk melaksanakan urusan
pemerintahan secara bersendirian. Pembesar di Thailand merupakan wakil kepada
raja dalam menjalankan pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa untuk
mentadbir wilayah bagi pihak raja
seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar bertanggungjawab terhadap hal ehwal
tanah, hal ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan pentadbiran
Kesimpulan
Peranan
raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja , peranan
pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas
kedatangan British di Thailand, sistem
pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun menerima perubahan iaitu apabila Rama VII , Raja Prajadhipok
menerima sistem pemerintahan raja
berpelembagaan dan sistem ini terus
kekal sehingga sekarang.
TEMA 1 :
MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
|
Soalan 2
|
Pihak penjajah
telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan
telah tergugat. Bincangkan peranan
pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.
|
Pengenalan
Golongan
pembesar memainkan peranan yang penting
dalam tampuk pemerintahan sesebuah negara. Merupakan tulang belakang
dalam sistem politik sesebuah negara kerana mereka bertanggungjawab dalam
membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau maharaja. Golongan
pembesar di Vietnam merupakan pegawai
kerajaan yang dilantik oleh maharaja
untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi
kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan merupakan golongan yang paling
rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan.
Diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar
peringkat kampung.
Isi
Terdapat perbezaan yang agak ketara
antara pembesar Vietnam berbanding dengan pembesar tempatan di negara-negara
lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah
Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan
berpusat di Hue. Mereka tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka
dibayar oleh Maharaja. Kuasa pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada
golongan Mandarin atau Quan yang mendapat pangkat dalam ajaran Confucius.
Kelayakan penting dalam melantik
seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan adalah sistem pelajaran Confucius
yang mementingkan daya ingatan dan hafalan.
Hanya pemilik ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan
awam.
Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu
sistem pentadbiran yang sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh
enam Kementerian atau Quan yang diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian
tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian
Upacara,Kehakiman,Kewangan dan Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan
istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.
Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis
Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab
memberi pandangan kepada Maharaja dalam semua hal yang berkaitan dengan
pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam menyelesaikan masalah
dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.
Di peringkat daerah, golongan
pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran daerah.Tugas utama
mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah serta mengutip cukai. Tugas
utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai.
Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu
menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil
dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.
Golongan pembesar yang paling rendah
kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau Komun.Mereka mendapat kepercayaan
daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan , ketenteraan dan penguatkuasaan
undang-undang di kampong masing-masing.
Kesimpulan:
Sistem pembesar di Vietnam
sebelum campur tangan Perancis
merupakan satu sistem yang tersusun dan
sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak berkhidmad
dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang
menerima pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]
|
Soalan 3
|
Sistem sosial yang diamalkan oleh
masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian lapisan
masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-dua buah
negara tersebut.
|
Pengenalan
Masyarakat di Vietnam
dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan sistem feudal,
berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis masyarakatnya banyak
dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius. Manakala di
Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas
selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.
Isi
1.
Persamaan
Raja kedua-dua
masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis masyarakat dan
berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan
perlu ditaati. Di Vietnam seorang
raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama
Islam dan menjadi pelindung kepada rakyat.
Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang
paling dipercayai oleh raja dan mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam
masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan dikuasai oleh golongan ini.Mereka
bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan masyarakat , mengetuai
upacara agama dan menjalankan tugas raja.
Di Vietnam golongan ini lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin.
Mereka terdiri daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan
awam.Di Acheh golonagan ini lebih
dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana
ketinggian ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain
daripada ulama.
Rakyat merupakan golongan paling bawah.
Kebanyakan daripada mereka adalah petani yang mengusahakan tanah golongan
bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian secara sara diri
khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.
2.
Perbezaan
Susun lapis masyarakat di Vietnam
terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha. Manakala di Acheh dan Mataram
dipengaruhi oleh ajaran Islam.
Di Vietnam berlakunya mobiliti
masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya mereka lulus peperiksaan awam
China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan. Di Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan
rakyat.
Maharaja
Vietnam dianggap sebagai anak syurga
atau wakil tuhan yang dapat mandat dari syurga untuk memerintah di muka bumi.
Manakala sultan atau raja di Indonesia
( Acheh dan Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan
Islam.Di Pulau jawa sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa,
dianggap berdaulat serta tidak boleh diderhakai.
Golongan
mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus peperiksaan awam
di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala priyayi di
pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.
Kesimpulan
Susun lapis
kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan yang
memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah
Barat memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.
Comments
Post a Comment