Skip to main content

NOTA SEJARAH PENGGAL 3 TEMA 2

TEMA 2 : TRANSFORMASI  MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]
Soalan 4
Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya  Perang Inggeris-Myanmar 1 pada tahun 1824.
Pengenalan
            Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.
Isi
Sebab-sebab berlaku Peperangan :
 (i)   Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :
            Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan diri ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang Burma. Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan, menimbulkan masalah sempadan.
(ii)   Kegagalan Hubungan Diplomatik :
             Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar perwakilan ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal.   Burma enggan mengadakan hubungan yang sama taraf.
(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811  :
            Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.
(iv)   Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar
                      Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam.   Raja Bagidaw mengarahkan Jeneral Bandula menakluki Assam.   Seterusnya Burma campur tangan di Manipur dan Cachar.   Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.
 (v)   Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :
            Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British. Burma membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas Burma.
(a)      Perjanjian Yandabo, 1826 :
            Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar wakilnya ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.
Kesimpulan
            Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING]
Soalan 5
Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting  dalam gerakan penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan
Pengenalan                                                                           
            Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda. Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin gerakan menentang pemerintahan Belanda
Isi                                                                               
i)                    Masalah pewarisan takhta kerajaan
            Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814. Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda
ii)                  Pembatalan Kontrak Sewa Tanah
Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa. Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.
iii)                Ratu Adil atau Putera Pembebas
Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda
iv)                Pembinaan jalan merentasi makam diraja
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam. Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.
v)                  Diponegoro mengetuai penentangan
Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855
Kesimpulan
Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa  menentang penjajahan asing.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 6
Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan
Pengenalan
             Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun 1799, pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik seorang Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.
Isi
            Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran yang diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram. Perpecahan ini melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah pimpinan Sultan Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah (bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.
            Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa.
            Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.
            Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.
            Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun 1830. Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh untuk membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa perubahan terhadap rakyat Indonesia yang tertindas.
            Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.
            Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah dibuat. Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,(1903) telah diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah akan ditubuhkan.
            Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang Indonesia, dan orang Cina.
            Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula. Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja Belanda.
Kesimpulan
            Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada cengkaman Belanda.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 7
Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut. Jelaskan
Pengenalan
            Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke-19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa perubahan dalam system pentadbiran tempatan.
Isi
            Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan system beraja di Myanmar.
            Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing dikekalkan juga telah ditolak oleh British.
            Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan ketenteraman awam dan mengutip cukai.
            Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.
            Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh Leftenan Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.
            Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.
            Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan bagi parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
            Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.
Kesimpulan
            Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat nasionalisme yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.

Comments

Popular posts from this blog

Murtad .apakah murtad sebenarnya?

Sunting Pantau laman ini Murtad dalam Islam Sebahagian daripada  siri  berkaitan Islam Rukun Iman Allah  •   Kitab  •   Malaikat  •   Nabi Hari Akhirat  •   Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah  •   Solat  •   Puasa Zakat  •   Haji Kota Suci Makkah  •   Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri  •   Aidiladha Hukum Al-Quran  •   Sunnah  •   Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah  •   Khilafah Tokoh Islam Nabi Muhammad s.a.w Ahlul Bait  •   Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi  •   Syafie Maliki  •   Hanbali Budaya  Dan  Masyarakat Akademik  •   Haiwan  •   Seni Takwim  •   Kanak-kanak Demografi  •   Perayaan Masjid  •   Dakwah  •   Falsafah Sains  •   Wanita  •   Politik Lihat juga Kritikan  •  Islamofobia Glosari Portal Islam p   b   s Murtad dalam Islam  ( Bahasa Arab : ارتداد,  irtidād  atau  ridda ) umumnya ditakrifkan dalam  Islam  sebagai penolakan dalam kata atau perbuatan bekas agama mereka ( murtad ) oleh orang yang terdahulu pengikut I

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping Bagi Kesehatan Tubuh

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping  - Zaman yang sudah semakin canggih membuat para perokok beralih menggunakan rokok elektrik. Rokok elektrik adalah sejenis alat yang digunakan untuk memanaskan suatu cairan tertentu sesuai rasa favorit penggunanya. Cairan yang digunakan untuk dipanaskan tersebut ternyata juga mengandung nikotin seperti rokok biasa. Dengan melakukan penelitian, rokok elektrik juga mengandung karsinogenik yaitu zat yang memicu  kanker . Vaping atau menggunakan rokok elektrik bahkan menimbulkan asap yang lebih banyak. Selain dapat merusak lapisan ozon, asap dari rokok elektrik ini juga dapat menimbulkan ketidaknyamanan bagi orang orang disekitarnya. Meskipun begitu, masih banyak yang beranggapan bahwa rokok elektrik tidak berbahaya seperti rokok biasa. Apabila rokok memilik banyak brand atau merk, lain halnya dengan rokok elektrik. Rokok elektrik memiliki banyak jenis dan juga memiliki bentuk yang berbeda beda. Mulai dari bentuk yang sederhana hingga bentuk ya

TARIKH PENTING PERMOHONAN KE PROGRAM KPLSPM SESI 2015

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada En ismayuddin di atas perkongsian ini . TQVM http://www.moe.gov.my