Skip to main content

NOTA SEJARAH PENGGAL 3 TEMA 4

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]
Soalan 10
Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932.
Pengenalan
            Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan  sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.
Isi
            Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama  kerajaan iaitu badan Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.
            Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
            Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon ) yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota. Dua dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada badan Legislatif dan badan Eksekutif.
Kesimpulan
            Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]
Soalan 11
Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.
Pengenalan
            Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa kali.
Isi
  1. Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam perjuangan  nasionalisme di Thailand.
Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.
  Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang meletak jawatan.
  1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-
           Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun  untuk mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas wilayah yang pernah dikuasai  seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
           Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.
           Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan  perlembagaan 1949 kerana berasakan yang perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan 1932.
           Beliau bertanggungjawab  mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities, menutup sekolah dan surat khabar Cina .
           Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
           Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap Negara.      Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
Kesimpulan
           Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah  menggerakkan nasionalisme melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun Songkrham menjalankan dasar  anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai kerajaan dan rakyat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Murtad .apakah murtad sebenarnya?

Sunting Pantau laman ini Murtad dalam Islam Sebahagian daripada  siri  berkaitan Islam Rukun Iman Allah  •   Kitab  •   Malaikat  •   Nabi Hari Akhirat  •   Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah  •   Solat  •   Puasa Zakat  •   Haji Kota Suci Makkah  •   Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri  •   Aidiladha Hukum Al-Quran  •   Sunnah  •   Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah  •   Khilafah Tokoh Islam Nabi Muhammad s.a.w Ahlul Bait  •   Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi  •   Syafie Maliki  •   Hanbali Budaya  Dan  Masyarakat Akademik  •   Haiwan  •   Seni Takwim  •   Kanak-kanak Demografi  •   Perayaan Masjid  •   Dakwah  •   Falsafah Sains  •   Wanita  •   Politik Lihat juga Kritikan  •  Islamofobia Glosari Portal Islam p   b   s Murtad dalam Islam  ( Bahasa Arab : ارتداد,  irtidād  atau  ridda ) umumnya ditakrifkan dalam  Islam  sebagai penolakan dalam kata atau perbuatan bekas agama mereka ( murtad ) oleh orang yang terdahulu pengikut I

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping Bagi Kesehatan Tubuh

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping  - Zaman yang sudah semakin canggih membuat para perokok beralih menggunakan rokok elektrik. Rokok elektrik adalah sejenis alat yang digunakan untuk memanaskan suatu cairan tertentu sesuai rasa favorit penggunanya. Cairan yang digunakan untuk dipanaskan tersebut ternyata juga mengandung nikotin seperti rokok biasa. Dengan melakukan penelitian, rokok elektrik juga mengandung karsinogenik yaitu zat yang memicu  kanker . Vaping atau menggunakan rokok elektrik bahkan menimbulkan asap yang lebih banyak. Selain dapat merusak lapisan ozon, asap dari rokok elektrik ini juga dapat menimbulkan ketidaknyamanan bagi orang orang disekitarnya. Meskipun begitu, masih banyak yang beranggapan bahwa rokok elektrik tidak berbahaya seperti rokok biasa. Apabila rokok memilik banyak brand atau merk, lain halnya dengan rokok elektrik. Rokok elektrik memiliki banyak jenis dan juga memiliki bentuk yang berbeda beda. Mulai dari bentuk yang sederhana hingga bentuk ya

TARIKH PENTING PERMOHONAN KE PROGRAM KPLSPM SESI 2015

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada En ismayuddin di atas perkongsian ini . TQVM http://www.moe.gov.my