Skip to main content

NOTA SEJARAH PENGGAL 3 TEMA 3

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR KEMUNCULAN ]
Soalan 8
Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.
Pengenalan
Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran, menyatukankan rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual ini  membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing.
Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di Indonesia.
1.      Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. Mereka ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah golongan yang , “  acutely dissatisfied, cramped and frustrated.”  
Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ialah Raden Adjeng Kartini.  Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
2.      Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia. Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara perlembagaan.
3.        Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada perpaduan di kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke  arah perpaduan telah berjaya membawa terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri daripada gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat perjuangannya.Apabila dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah perjuangan radikal.
4.         Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran agama memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad Dahlan telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya  menyebarkan  Islam berdasarkan al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan Nahdatul Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan ajaran ortodoks islam.
5.         Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi mencapai kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah,  Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda  mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya  beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.
Kesimpulan
           Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin  menggunakan cara revolusi dan militan.  Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan Negara dan bangsa.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI POLITIK DAN PERSATUAN ]
Soalan 9
Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam gerakan nasionalisme di Myanmar.
Pengenalan
            Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas Persatuan Belia Buddha (YMBA)
Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di Myanmar
1        Peringkat awal (1909-1916)
·         Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya
·         Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan
·         Konsep perjuangan ialah “Buddha Penyelamat kita dan Raja”
·         Menerbitdkan akhbar Thuriya
2        Kegiatan sehingga tahun 1916
·         Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan
·         Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian agama Buddha
·         Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat
3        Peringkat Kedua (1916-1919)
·         Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan
·         Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan kata-kata Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara sendiri
4        Kegiatan sehingga tahun 1919
·         Menimbulkan isu kasut
·         Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan pagoda
·         Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi
·         British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda
5        Kegiatan sehingga tahun 1920
·         Mula terlibat dalam gerakan politik
·         British memperkenalkan Sistem Diarki di India
·         British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di Myanmar
·         YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon
·         YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)
Kesimpulan
  • YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di Myanmar
  • YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

Comments

Popular posts from this blog

Murtad .apakah murtad sebenarnya?

Sunting Pantau laman ini Murtad dalam Islam Sebahagian daripada  siri  berkaitan Islam Rukun Iman Allah  •   Kitab  •   Malaikat  •   Nabi Hari Akhirat  •   Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah  •   Solat  •   Puasa Zakat  •   Haji Kota Suci Makkah  •   Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri  •   Aidiladha Hukum Al-Quran  •   Sunnah  •   Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah  •   Khilafah Tokoh Islam Nabi Muhammad s.a.w Ahlul Bait  •   Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi  •   Syafie Maliki  •   Hanbali Budaya  Dan  Masyarakat Akademik  •   Haiwan  •   Seni Takwim  •   Kanak-kanak Demografi  •   Perayaan Masjid  •   Dakwah  •   Falsafah Sains  •   Wanita  •   Politik Lihat juga Kritikan  •  Islamofobia Glosari Portal Islam p   b   s Murtad dalam Islam  ( Bahasa Arab : ارتداد,  irtidād  atau  ridda ) umumnya ditakrifkan dalam  Islam  sebagai penolakan dalam kata atau perbuatan bekas agama mereka ( murtad ) oleh orang yang terdahulu pengikut I

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping Bagi Kesehatan Tubuh

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik Atau Vaping  - Zaman yang sudah semakin canggih membuat para perokok beralih menggunakan rokok elektrik. Rokok elektrik adalah sejenis alat yang digunakan untuk memanaskan suatu cairan tertentu sesuai rasa favorit penggunanya. Cairan yang digunakan untuk dipanaskan tersebut ternyata juga mengandung nikotin seperti rokok biasa. Dengan melakukan penelitian, rokok elektrik juga mengandung karsinogenik yaitu zat yang memicu  kanker . Vaping atau menggunakan rokok elektrik bahkan menimbulkan asap yang lebih banyak. Selain dapat merusak lapisan ozon, asap dari rokok elektrik ini juga dapat menimbulkan ketidaknyamanan bagi orang orang disekitarnya. Meskipun begitu, masih banyak yang beranggapan bahwa rokok elektrik tidak berbahaya seperti rokok biasa. Apabila rokok memilik banyak brand atau merk, lain halnya dengan rokok elektrik. Rokok elektrik memiliki banyak jenis dan juga memiliki bentuk yang berbeda beda. Mulai dari bentuk yang sederhana hingga bentuk ya

TARIKH PENTING PERMOHONAN KE PROGRAM KPLSPM SESI 2015

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada En ismayuddin di atas perkongsian ini . TQVM http://www.moe.gov.my